top of page
Untitled design_edited.jpg
Search

Switzerland ni best ke?

  • Writer: Zain
    Zain
  • Mar 2, 2024
  • 3 min read

Kami baru sahaja Travel selama 13 hari ke Switzerland. Switzerland merupakan travel bucket list selama bertahun-tahun.

Sebenarnya, Switzerland adalah salah satu negara yang paling mahal untuk dilawati di dunia (I will explain why Switzerland is so expensive later). Merancang perjalanan ke Switzerland dengan bajet rendah bukanlah perkara mudah. Walau bagaimanapun, dengan perancangan dan persediaan yang teliti, it will at least help you cut down on many unnecessary expenses. Dalam post ini, saya akan share some tips.


Ringkasan Perjalanan Ke Switz


Hari 1: Kuala Lumpur → Istanbul melalui Turkish Airlines


Hari 2: Istanbul → Zurich → Lucerne


Hari 3: Mount Titlis dan Mount Rigi


Hari 4: Colmar (Perancis) + Basel + Bern


Hari 5: Lucerne → Interlaken


Hari 6: Bernese Oberland (Murren, Lauterbrunnen & Grindelwald)


Hari 7: Geneva


Hari 8: Interlaken → Zermatt


Hari 9: Zermatt


Hari 10: Zermatt → St Moritz → Zurich


Hari 11: Vaduz (Liechtenstein)


Hari 12: Zurich → Istanbul


Hari 13: Istanbul → Kuala Lumpur


Apa yang Perlu Disediakan?


Untuk melancong ke Switzerland, warga Malaysia tidak memerlukan visa untuk tinggal selama 90 hari dalam tempoh 180 hari. Pastikan pasport anda sah sekurang-kurangnya 3 bulan selepas tarikh pulang.


Anda perlu menyediakan bukti kewangan untuk membuktikan anda mampu menampung kos perjalanan. Selain itu, insurans perjalanan yang meliputi kesihatan dan kecemasan juga disyorkan.


Jangan lupa untuk tempah penginapan terlebih dahulu, sama ada hotel atau apartmen, dan bawa sedikit mata wang Swiss Franc (CHF). Anda juga boleh menggunakan Swiss Travel Pass untuk kemudahan pengangkutan awam.


Kos Perjalanan


Details


Kos (RM)


Tiket Flight

KL – Zurich – KL

 

Hotel

Lucerne – Galaxy Serviced Apartments (3 nights)

Interlaken – CityChalet historic (3 nights)

Zermatt – Residence Patricia (2 nights)

Zurich – ibis Budget Zurich City West (2 nights) 

 

Transportation

Swiss Travel Pass - Consecutive 15 Days 

Glacier Express Reservation

Mount Titlis Cable Ride

Basel – Colmar – Basel

 

Attractions & Activities

Paragliding in Interlaken

Add: Photos & video

Sigriswil Panorama Bridge

Patek Philippe Museum Geneva

Lake Blausee

House of Laderach

Makanan


Others

Travel Prepaid Sim Card Travel Insurance

 

1,920

 

 

850 920 600 495

 1,930

180

220

153

 

735

185

32

70

45

25

 810

  

80

240

 Total

9,490


Kenapa Switz ni Mahal?

Switzerland mahal kerana mata wang Swiss Franc yang kuat. Mata wang negara ini telah mengukuh dengan ketara berbanding hampir semua mata wang utama lain dalam dekad yang lalu, menjadikannya salah satu mata wang yang paling kuat dan stabil di dunia.


Selain itu, Switzerland mempunyai salah satu standard hidup tertinggi di Eropah, yang secara semulajadi menyebabkan harga barang dan perkhidmatan di negara ini lebih tinggi. Berbanding dengan negara jiran di Eropah, kos barang seperti makanan, pakaian, penginapan, dan pengangkutan jauh lebih tinggi berbanding dengan bahagian lain di Eropah. Untuk memberi gambaran kasar, sebiji McDonald's McChicken burger di Switzerland berharga 6.90 CHF. Jika anda jadikan ia set makanan, harganya akan jadi 12.30 CHF. Set makan tengahari biasanya berharga antara 25 CHF hingga 35 CHF.


Transport

Switzerland mempunyai salah satu public transport yang paling maju di dunia. Train adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk bergerak. Ia cepat, bersih, dan sangat efisien, menghubungkan hingga ke kampung yang paling kecil.


Walaupun sistem pengangkutan awam di Switzerland mahal, ramai pelancong memilih untuk membeli Swiss Travel Pass. Pass ini memberikan perjalanan tanpa had di semua mod public transport (kecuali cable car dan mountain railways, tetapi dapat diskaun 25%-50%) dan kemasukan percuma ke 500 muzium. Swiss Travel Pass boleh didapati untuk 3, 4, 8, atau 15 hari, dengan harga 232 CHF untuk 3 hari (2nd class).


Dengan Swiss Travel Pass, tiada keperluan untuk membeli tiket berasingan. Hanya perlu tunjukkan pass tiket.


Apa yang Terbaik Tentang Switzerland?


Satu perkara yang tidak dapat disangkal adalah keindahan alam semulajadinya. Dengan tasik yang jernih dan pegunungan bersalji, destinasi seperti Jungfraujoch, yang terletak pada ketinggian 3,454 meter, dan Zermatt, dengan pemandangan ikon gunung Matterhorn, adalah titik utama yang harus dilawati. Berdasarkan tinjauan pelancong, 90% pengunjung melaporkan bahawa mereka terpesona dengan keindahan alam ini.


Selain itu, makanan Switzerland juga merupakan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Jangan lupa untuk mencuba coklat Swiss yang terkenal dan cheese fondue, hidangan yang mempunyai sejarah lebih dari 200 tahun. Dengan lebih dari 200 jenis cheese di Switzerland, anda pasti akan menemui varian yang sesuai dengan selera anda.


Pemandangan indah Alps di Switzerland
Pemandangan cantik Alps yang menghijau dengan salji di puncak

Kesimpulan


Kalaulah saya ada kuasa untuk undurkan masa, saya akan cuba melanjutkan perjalanan saya sekurang-kurangnya 15 hari kerana tempoh paling lama untuk Swiss Travel Pass adalah 15 hari. Terdapat beberapa tarikan yang saya terlepas seperti Stein am Rhein, Rhine Falls, Montreux, Chur, dan banyak lagi.

 
 
 

Comments


bottom of page